Sunday, June 27, 2010

Silaj Napier



RUMPUT NAPIER

Pennisetum purpureum (Napier Grass atau Rumput Uganda) adalah spesies asli rumput di padang rumput tropika Afrika. Ini adalah tanaman tinggi, tumbuh 2-4,5 meter (6,6-14,8 kaki), jarang sampai dengan 7,5 meter (25 kaki), dengan daun 30-120 cm (12-47 in) panjang dan 1-5 cm ( 0,39-2,0 dalam) yang luas.Memiliki produktiviti yang sangat tinggi, baik sebagai tanaman rumput ternak dan sebagai tanaman biofuel. Rumput Gajah dinamakan sempena ianya makanan kegemaran gajah.


Rumput Napier yang berusia 2 bulan yang sedang di tuai.


Rumput Napier yang berusia 2 bulan yang telah di tuai.


Mesin Chopper Rumput Berkuasa Tinggi


Rumput Napier yang telah dipotong halus dan diisi penuh ke dalam tong plastik.


Silaj Napier yang telah diperam.

SILAJ

Silaj adalah makanan ternakan ruminan yang terdiri daripada bahan rufaj yang berkelembapan tinggi di antara 35 % hingga 75 % kandungan air yang diperolehi melalui proses penapaian dan disimpan dalam keadaan kedap udara (anaerobic). Silaj sebagai salah satu sumber bekalan makanan ternakan berkualiti untuk ruminan mempunyai kelebihan berbanding dengan rumput segar dan hay kerana silaj dapat dikeluarkan sepanjang masa, proses pengeluarannya tidak bergantung kepada keadaan cuaca dan dapat dihasilkan daripada berbagai jenis bahan rufaj seperti rumput, batang jagung, pelepah kelapa sawit dan bahan-bahan lain. Silo (bekas simpanan silaj) terdiri daripada berbagai bentuk seperti bunker, stack, tower, tong plastik dan lain-lain. Faktor yang penting ialah bekas yang digunakan seharusnya praktikal dari segi pengendalian dan mesti dalam keadaan kedap udara.